kembali ke pangkuanNya

Tanggal 13 Februari 2011, aku n family kehilangan insan tersayang.Allahyarham Mazaln bin Alang Saayan.Abang ipar sulungku.Suami kepada kakakku Salamiah binti Abd Halim. Punca kematian kencing manis. 2 minggu sebelumnya, arwah terlibat dalam satu kemalangan.jatuh sendiri naik motor.Arwah baru habis sembahyang subuh d masjid dan nak ke satu lagi masjid untuk kuliah subuh. Mungkin pitam semasa memandu motosikal dan terbabas sendiri.Ada insan mulia yang menolong arwah ke Hospital tentera Al-Mizan d Wangsa Maju.Selama itu la,arwah dirawat.

Aku sungguh,sungguh terkilan tidak sempat melawat Arwah di Hospital.Dengan kesibukan kerja,program Jabatan.Kali terakhir bertemu semasa Sambutan Hari Raya 2010.Bulan Desember,arwah ada balik kg,tapi aku pula d maktab,tak dapt berjumpa.
Sepatutnya 12/2/2011,memang aku plan nk pg ke kl bersama abangku Azman tetapi abang pula ada hal.Tangguh pula esoknya.Pada pagi ahad tu,aku masak nasi lemak dan bengkang bawa bekal la ke kl.Jam 7 pg aku n family bertolak le dr kuale.Dalam perjalanan di ipoh,dapat panggilan mengatakan arwah sudah tiada.Ya Allah,hanya Kau yg tahu,betapa terkilannya aku.aku meraung sekuat hati di dalam kereta.
Kami tak teruskan perjalanan kerana Jenazah Arwah dibawa balik ke kg untuk dikebumikan di Kg,Jeliang.Aku terlalu sedih kerana memikirkan kakakku Yong Miah dan anak-anak.Lagi pon kemalangan tu sikit jer.hanya luka di muka dan kaki tetapi kuasa Allah Arwah kembali ke pangkuanNya

Kepada:-

-Yong kena tabah dan Kuat.Kami tau,Yong amat taat pada Arwah Yeop.Semua urusan keluarga Yeop yg uruskan.Yong bertuah memiliki Arwah.Arwah dah buat yang terbaik untuk Yong n family.Pegi dan balik keje,Yeop yang hantar dan jemput.Selepas ni Yong kena uruskan sendiri,Ara tau Yong bole handle tu semua.Jangan risau ye,kami semua ada di sisi Yong.

Along Mazni-
Sebagai anak sulung,tanggungjawab along semakin berat.Along kena ambik alih tugas2 ayah yang mane Ibu tak dpt buat.Adik2 kena jaga,Ibu tu jangan bagi murung ya.Pesan Cek Arra apa-apa hal cepat2 bagi tau pada Opah,Cek arra atau sapa2.

Nani pon sama juga,sebagai anak yang dah beso, jaga family ya,tengok adik2 tu.Jangan bagi ibu sedih.Tumpukan masa pada family.Nani seorang yang berani,cekal.Cek Arra tau, Nani sangan rapat ngan Arwah ayah,tapi Allah lebih sayangkan dia.Love u Nani.
Anwar sebagai anak lelaki sulung,tugas Anwar juga berat.Cek Arra bangga,tak sia-sia Arwah ayah hantar Anwar ke Sekolah Tahfiz.Sekarang Anwar bole pimping Family.Bole jadi Imam,dah bole baca tahlil sendiri.Anwar selalu baca Yassin.Insyaallah lapang kubur Arwah Ayah,anak lelaki sedekahkan yasin untuknya.Semoga Anwar menjadi anak yang soleh.


Azhari anak yang bongsu,Sedih di umur 12 tahun,Ayie dah kehilangan ayah.Tak puas nk bermanja.Semoga ayie maju dalam pelajaran.Buangla sifat nakal tu,Ayie dah beso.Belajo rajin2 ya.Jaga Ibu,dengo cakap ibu,kakak2 dan abang.

Ni gambar terakhir Raya bersama arwah.Wajah nya tidak pernah lekang dengan senyuman.Aku sudah 7 tahun kehilangan arwah bapak,pada arwah Yeop lah aku anggap macam bapa sendiri.tempat aku dan family rujuk,tetapi kini dia juga mengikuti jejak bapakku kembali ke pangkuanNya.Al-Fatihah buat Arwah Yeop.Semoga tenang disana.Pada Yong dan anak2,kami semua ada di sisi,susah dan senang kita bersama.amin..sayang semua

Ulasan

  1. minta maaf banyak2.tak de niat nak bagi sapa2 yg membaca blog ni menitiskan air mata,ni hanya luahan dari seorang adik ipar buat arwah abg iparnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fizra Najihah

BUBUR ANAK LEBAH...ENAK WEH

amalan untuk ibu mengandung