Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Fizra Najihah

Imej
x ini anak ke-4 ku. Fizra Najihah bt Fadhlur Hafizh.Lahir 14 Julai 2012 di Hospital Kuala kangsar jam  7.37 p.m tepat azan maghrib berkumandang. Lahirnya 3.5kilo. Alhamdulillah kini 1 tahun 3 bulan menyusu badan sepenuhnya denganku.  Ketika mengandungkannya seluruh keluargaku dilimpahkan pelbagai rezeki dariNya. Aku mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Jabatanku.Bulan Mei2012 aku ke Putrajaya untruk mengambil anugerah ditemani suami tersayang. Awal Julai suamiku pula diterima menjawat perkhidmatan awam di Kolej Islam Kuala Kangsar.Sudah ketentuan takdir Illahi Jun 2012 ibu mertuaku berpencen dari berkhidmat dgn kerajaan.Julai 2012 satu-satunya anak dia iaitu suamiku pula dapat kerja kerajaan.Syukur Alhamdulillah.... 11 Julai 2012 aku ke Putrajaya ke Majlis konvokesyen Diploma KDC yang aku ambil 4 tahun lps.  Dengan sarat mengandung aku gagahkan juga kakiku melangkah ke pentas bersejarah.Walaupun aku sedikit sedih kerana suamiku tidak dapat bersama-sama meraikan hari bersejarah