Saturday, February 4, 2012

info saya

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari. … 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. 4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. … 5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15) Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia. (Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan pertama : Kurang berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah : 1. Saidul (penghulu) Istighfar 2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9) 3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38) 4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah : 1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128) 2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74) 3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 1. menakutkan anak-anak dengan sekolah 2. menakutkan dengan tempat gelap 3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau 4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak 1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak 2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif 1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). 2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, ia itu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak Sebagai ibu bapak kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Karena itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, karna hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak

amalan untuk ibu mengandung

Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia. Kata orang tua, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu maka insyaallah mudahlah proses bersalinnya nanti. Inilah doanya : ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ “Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin” ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.

Friday, February 3, 2012

KENANGAN TERAKHIR KDC KEMAS 08 IPGM TUANKU BAINUN

Gambar yang kami ambik utk terakhir di kelas kami.
Semoga kalian semua success dalam kehidupan masing-masing. Jangan lupakan persahabatan kita. Kenangan bersama kalian takkkan ku lupakan....

mengandung..

Syukur alhamdulillah, tuhan memberi kan ku rezeki lagi. Bulan Oktober haid aku datang 2 hari jer, tu pon tak banyak. tanpa melengah aku ke klinik utk kompom kan. Yahoo kompom dah pednen. Farisya anak bongsu ku peneman ke Klinik. Hari ini, 3 Februari 2012 sudah 4 bulan. Syukur sangat2.

TAHUN BARU

Lamanya aku tak update.Syukur Alhamdulilah, tamat sudah pengajianku.Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Akhirnya berjaya juga aku tamatkan. Dari Mei 2008 sehingga Disember 2011. Walaupon berbagai cabaran dan Ujian dariNya, aku redho menempuhinya. Sekarang tunggu surat jer utk Majlis Konvo.Wah itu yg ditunggu2. Kepada kawan2 sekampus aku, harap dapat kita bersama-sama mengambil diploma nanti. Maybe bulan 4 ni majlis konvo berlangsung. Dan aku bertambah bersyukur kerana berganda-gandanya aku akan menjejakkan kaki di atas pentas utk menerima diploma bersama Baby dalam kandunganku Insyallah 6 bulan dlam kandungaku.Wah baby akan temankan mama nanti yek Meriahkan. Tahun 2012 ni aku harap, akan memberi kehidupan yang baik pada aku sekeluarga. Kesihatan yg baik, kewangan yang baik. Semua yang baik-baik belaka lah hendaknya. …….:)
Gambar ni aku copy dari tenet.maap le pada tuan gambo..sajer teman nak naikkan semangat ni hah yang tunggu masa jer nak menggengam diploma.tak sabo weh.semoga semua selamat.