Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

holiday d cameron

Imej
Tanggal 3 Mac 2012, satu family aku kecuali abangku Azman saja yg tk joint.Kami bercuti d Cameron Highland buat julung kalinya. Hahah maksudnya tak penah pon dpt g holiday ngan semua ahli keluarga. Plan nk pegi sebulan sblm tu. Tido d Apartment Puncak Arabella. Okeh sgt2.Selesa. Ni pic apartment tu.Kt tingkap tu adik aku Aby.

info saya

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari. … 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. 4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. … 5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 9. Wanita yang t

amalan untuk ibu mengandung

Imej
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia. Kata orang tua, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu maka insyaallah mudahlah proses bersalinnya nanti. Inilah doanya : ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ “Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin” ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.

KENANGAN TERAKHIR KDC KEMAS 08 IPGM TUANKU BAINUN

Imej
Gambar yang kami ambik utk terakhir di kelas kami. Semoga kalian semua success dalam kehidupan masing-masing. Jangan lupakan persahabatan kita. Kenangan bersama kalian takkkan ku lupakan....

mengandung..

Imej
Syukur alhamdulillah, tuhan memberi kan ku rezeki lagi. Bulan Oktober haid aku datang 2 hari jer, tu pon tak banyak. tanpa melengah aku ke klinik utk kompom kan. Yahoo kompom dah pednen. Farisya anak bongsu ku peneman ke Klinik. Hari ini, 3 Februari 2012 sudah 4 bulan. Syukur sangat2.

TAHUN BARU

Imej
Lamanya aku tak update.Syukur Alhamdulilah, tamat sudah pengajianku.Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Akhirnya berjaya juga aku tamatkan. Dari Mei 2008 sehingga Disember 2011. Walaupon berbagai cabaran dan Ujian dariNya, aku redho menempuhinya. Sekarang tunggu surat jer utk Majlis Konvo.Wah itu yg ditunggu2. Kepada kawan2 sekampus aku, harap dapat kita bersama-sama mengambil diploma nanti. Maybe bulan 4 ni majlis konvo berlangsung. Dan aku bertambah bersyukur kerana berganda-gandanya aku akan menjejakkan kaki di atas pentas utk menerima diploma bersama Baby dalam kandunganku Insyallah 6 bulan dlam kandungaku.Wah baby akan temankan mama nanti yek Meriahkan. Tahun 2012 ni aku harap, akan memberi kehidupan yang baik pada aku sekeluarga. Kesihatan yg baik, kewangan yang baik. Semua yang baik-baik belaka lah hendaknya. …….:) Gambar ni aku copy dari tenet.maap le pada tuan gambo..sajer teman nak naikkan semangat ni hah yang tunggu masa jer nak menggengam diploma.tak sabo weh.semoga