Cahaya mata ke-5

Tahun 2015, Dah lama tak update,buzy memanjang ngan kehadiran baby baru ni.25 Disember 2014, lahir cahaya mataku ke-5 FARHAN NADHIRA BT FADHLUR HAFIZH. Lahir di Hospital Taiping berat 3.05 kilo.comei jer.yang best tu dari Hospital Kuala dah bukak jalan 4cm ,air ketuban pon dah pecah. Doktor cek kata baby dh berak dalam tu.Kena hantar ke Taiping jugak. Spital Taiping ada pakar. Aku redho je la. Naik Ambulan terus ke Taiping. Cam biasa Cek asben follow ngan keta belakang ambulan.Terus ke Bilik Bersalin. Sampai sana Doktor periksa kata bila2 masa boleh bsalin.dalam bilik bsalin tu biasanya penuh ngan ibu-ibu yang bsalin, tp mlm tu hanya aku jer yang ada. tepat jam 1 pagi 25 Disember baby FARHAN NADHIRA meluncur keluor.rase cm tak sakit sgt.rupa nya comei jer 3.05 kilo.berbeza ngan kakak-kakaknya besar sikit. Tak kisah lah, janji baby sihat dah aku pon selamat bersalin. Selesai urusan di bilik bersalin, aku ditolak ke Wad jam 3 pagi. AKu ditempatkan katil hujung sekali.Esoknya tengahari, selesai Doktor periksa aku dan bayi, aku dibenarkan pulang ke rumah. Syukur Alhamdulillah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BUBUR ANAK LEBAH...ENAK WEH

Fizra Najihah

amalan untuk ibu mengandung