x ini anak ke-4 ku. Fizra Najihah bt Fadhlur Hafizh.Lahir 14 Julai 2012 di Hospital Kuala kangsar jam 7.37 p.m tepat azan maghrib berkumandang. Lahirnya 3.5kilo. Alhamdulillah kini 1 tahun 3 bulan menyusu badan sepenuhnya denganku. Ketika mengandungkannya seluruh keluargaku dilimpahkan pelbagai rezeki dariNya. Aku mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Jabatanku.Bulan Mei2012 aku ke Putrajaya untruk mengambil anugerah ditemani suami tersayang. Awal Julai suamiku pula diterima menjawat perkhidmatan awam di Kolej Islam Kuala Kangsar.Sudah ketentuan takdir Illahi Jun 2012 ibu mertuaku berpencen dari berkhidmat dgn kerajaan.Julai 2012 satu-satunya anak dia iaitu suamiku pula dapat kerja kerajaan.Syukur Alhamdulillah.... 11 Julai 2012 aku ke Putrajaya ke Majlis konvokesyen Diploma KDC yang aku ambil 4 tahun lps. Dengan sarat mengandung aku gagahkan juga kakiku melangkah ke pentas bersejarah.Walaupun aku sedikit sedih kerana suamiku tidak dapat bersama-sama meraikan hari bersejarah
BUBUR ANAK LEBAH. KOME PENAH RASE TAK? PADA YANG PENAH RASE TU, BEST KAN! TETAPI PADA YANG BELOM PENAH RASE TU, TEMAN SYORKAN KOME KENA RASE BUBUR NI, MEMANG LAZAT WEH,MENJILAT MANGKUK TU, TEMAN CAKAP BENO NI .TAPI KAN ADE KE KT TEMPAT KOME BUBUR NI, KAT AREA KUALE NI, MEMANG ADA .SELALUNYA WAKTU KENDURI JER, ADA ORANG HIDANGKAN BUBUR NI, HARI-HARI BIASA SUSAH NK DAPAT PASAINYA, CARA PENYEDIAANNYA MEMANG PAYOH WEH. TUMPO BUATNYA,BUKAN SENANG. BAGI KELUARGA TEMAN, JUADAH NI MEMANG KEWAJIBAN DISEDIAKAN SEMASA ADA KENDURI-KENDARA .WALAUPON PAYOH MENYEDIAKANNYA TETAPI KENA BUAT JUGA SEBAB MENU PENCUCI MULUT NI SELALU MENJADI PERMINTAAN AHLI KELUARGA TEMAN .JADI KENA LE BUAT JUGA . WALAUPON PAYOH TETAPI BERBALOI DAPAT MAKANNYA MEMANG SEDAP. CARA PEMBUATANNYA, AKU KENA BELAJO PASAI KEMUDIAN HARI BILA MAK AKU,MAK SEDARA DAH TAK DE, KENA LE BUAT SENDIRI.TAKOT NANTI BUBUR NI TINGGEI NAME JE. BUBUR NI KENA MASAK DENGAN DAPO KAYU, BIASA NYA LE. KALAU PAKEI DAPO GAS? ENTOH TAK CUBE P
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia. Kata orang tua, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu maka insyaallah mudahlah proses bersalinnya nanti. Inilah doanya : ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ “Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin” ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
Ulasan
Catat Ulasan